PERKAMA COUNSELING
CENTER ditubuhkan
pada 2011, yang merupakan perkhidmatan bersekutu kepada PERKAMA International
(Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia); merupakan pemberi khidmat
komuniti kaunseling terbesar di Malaysia. Kami adalah ahli kepada PERKAMA
International dan semua kaunselor kami berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998 yang memberi perkhidmatan pelbagai jenis
kaunseling kepada komuniti. Kami percaya bahawa perkhidmatan kaunseling dapat
membantu individu dan masyarakat berkembang ke arah penyempurnaan diri yang
berbeza daripada sebelumnya. Perkhidmatan kaunseling yang diberi oleh kami
berteraskan kepada pendekatan psychodynamic yang berasaskan events dan
perhubungan daripada perkara lepas yang memberi kesan kepada perasaan dan
perhubungan pada masa kini. Berdasarkan perkhidmatan kami yang lepas dan kini,
kami yakin perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami mampu memberi kesan
yang baik kepada semua pelanggan.
Kami
juga komited dalam membina dan meningkatkan keyakinan semua kaunselor di
Malaysia menerusi perkhidmatan pembangunan professional kaunseling sepanjang
hayat dan berterusan. Perkhidmatan kami termasuk pelbagai program peningkatan
diri, motivasi, pengenalan kepada kemahiran asas kaunseling dan pelbagai ilmu
baru kaunseling yang mendapat pengiktirafan perlaksaan oleh PERKAMA
Interntional. Kami juga menawar dan menjalankan pelbagai kursus, bengkel dan
seminar yang membolehkan dikira sebagai Kursus Pembangunan Profesional (CPD).
MISI
Misi
kami adalah untuk memberi perkhidmatan berkualiti berkaitan bidang dan ilmu
kaunseling kepada seluruh komuniti. Matlamat kami untuk memberi sokongan kepada
semua pelanggan yang memerlukan pertolongan berkaitan emosi atau isu-isu
psikologi yang memberi kesan ke atas kehidupan mereka. Kami menawarkan
perhubungan terapeutik; dan memberi pertolongan untuk membantu individu
memahami dan melakukan perubahan ke arah yang berkualiti antara perhubungan
pelanggan dan antara pelbagai komuniti. Perkhidmatan berteraskan kepada suasana
tempat selamat dan persekitaran kerahsian yang terkandung dalam etika kaunselor
bersandarkan kepada Etika PERKAMA International dan Akta Kaunselor 580, 1998
sebagai etika kerja.