Perkhidmatan Kaunseling


PERKHIDMATAN 

Selepas anda menghubungi pihak kami dan melengkapkan beberapa soalan temubual oleh pegawai perkhidmatan pelanggan kami, anda akan menghadiri pertemuan pertama bersama kaunselor untuk sesi penilaian awal. Ini bagi memberi gambaran awal kepada kami untuk memahami keperluan dan ekspektasi anda sama ada keperluan perkhidmatan kaunseling adalah penyelesaian yang terbaik. Ini juga memberi ruang kepada anda untuk mendapatkan informasi dan bertanya sebarang persoalan di pusat, termasuk perkara berkaitan dengan kerahsian, undang-undang, syarat-syarat dan masa setiap sesi atau keperluan komitmen sesi dan kepercayaan termasuk perhubungan terapeutik dan professional.
Berdasarkan perbincangan awal yang telah dilakukan, anda boleh membuat keputusan berkaitan alternatif sesi atau mengikut keperluan jenis perkhidmatan kaunseling. Kami menawarkan perkhidmatan saranan seperti berikut:
o   Kaunseling Jangka Pendek (hingga 8 sesi pertemuan); atau
o   Sekali kepada sekali pertemuan sesi
Ini adalah perkhidmatan standard untuk sesi pertemuan
Sebagai ahli kepada PERKAMA International dan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, semua kaunselor yang memberi perkhidmatan sesi kaunseling di pusat ini adalah tertakluk kepada latar belakang etika yang ketat dan undang-undang Negara dalam Akta Kaunselor 580, 1998.

YURAN PERKHIDMATAN 

Kami adalah sebahagian daripada perkhidmatan sokongan kaunseling tetapi kami berusaha dengan terbaik untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada setiap pelanggan kami. Kadar yuran perkhidmatan adalah seperti perbincangan semasa sesi penilaian dilakukan dan berdasarkan kemampuan anda untuk membayar.
Bagi yuran perkhidmatan standard yang dikenakan adalah sebanyak RM 75 setiap satu sesi bagi Sesi Jangka Pendek. Sesi kaunseling secara ongoing dikenakan yuran perkhidmatan antara RM 65 – RM 75 atau berdasarkan kemampuan untuk membayar.
Salinan perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak kami bersama anda, akan diberi untuk keperluan kegunaan anda jika ada.

TEMU JANJI PERKHIDMATAN 

Untuk pendaftaran bagi pertemuan dan perbincangan awal, sila berhubung ditalian 03-87340735 (Isnin – Jumaat) bermula jam 10.00 pagi – 4.00 petang. Yuran pendaftaran untuk tempahan temujanji dikenakan sebanyak RM 35 dan tidak akan dikembalikan. Kami juga akan menghantar borang soal selidik sama ada secara pos atau email dan perlu dikembalikan beserta dengan yuran tempahan temu janji sebanyak RM 35 (dalam bentuk cek atau wang pos) atas nama PERKAMA TRAINING & CONSULTANCY. Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera untuk menetapkan tarikh temujanji. Tempoh menunggu akan mengambil  masa selewat-lewatnya dua minggu.
Sesi perkhidmatan kaunseling adalah di PERKAMA COUNSELING CENTER yang diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi – 6.00 petang. Kami juga menawarkan waktu perkhidmatan mengikut keperluan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10.00 pagi – 4.00 petang.
Setiap sesi kaunseling mengambil masa antara 40-50 minit; dan setiap sesi pertemuan secara terperinci adalah berdasarkan keputusan Ketua Kaunselor setelah mendapat kaunselor yang sesuai dengan sesi yang akan dijalankan. Kaunselor anda akan menghubungi anda terus untuk mendapatkan waktu dan hari yang terbaik bagi sesi kaunseling. Semua sesi kaunseling dijalankan di PERKAMA COUNSELING CENTER bertempat di Kajang, Selangor. Sekiranya terdapat keperluan dijalankan ditempat lain, yuran perkhidmatan tambahan akan dikenakan berdasarkan persetujuan bersama kaunselor anda.
Copyright 2012 © Design by PERKAMA International