Kaunseling


Counseling in Companies – (Pay As You Go Basis)

Statistik dan kajian yang dijalankan secara konsisten menunjukkan apabila perkhidmatan kaunseling diberikan dalam sesuatu setting pekerjaan, kadar ketidakhadiran pekerja berkurangan. Pelbagai sektor terutama di setting perkhidmatan awam dan sekolah telah mempunyai perkhidmatan kaunseling yang baik termasuk kemudahan asas bagi sesebuah pusat kaunseling; yang telah menjadi keperluan dan praktis terbaik dalam penyediaan perkhidmatan kaunseling kepada semua pekerja dan kumpulan sasaran. Bagaimanapun terdapat juga keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di luar setting tempat pekerjaan atau keperluan kaunseling di luar waktu bekerja (dalam konteks ini sama ada malam, hari Sabtu, Ahad atau kelepasan Am). Keadaan ini menjadikan perkhidmatan kaunseling selesa dengan klien dan masyarakat apabila perkhidmatan ini telah dipercayai dapat membantu dalam proses perkembangan seseorang. 

PERKAMA COUNSELING CENTER dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada kumpulan sasaran sama ada di sektor swasta dan awam, termasuk komuniti dan masyarakat setempat di seluruh Malaysia. Kehadiran panel pakar di seluruh Negara yang berdaftar dengan kami membolehkan perkhidmatan kaunseling dapat diakses oleh pelanggan di mana sahaja anda berada tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.
Perkhidmatan korporat kami tidak mempunyai sebarang kos perkhidmatan tersembunyi, yang mana anda hanya perlu membayar untuk sesi yang dipersetujui bersama untuk dikendalikan dalam borang persetujuan. Kami percaya yang perkhidmatan dapat memberi kemudahan dan faedah yang tinggi kepada kumpulan sasaran berdasarkan yuran perkhidmatan yang bersesuaian. 

Sila berhubung dengan kami dengan senang hati di 03-87340735 atau email ke perkamacounselingcenter@gmail.com untuk berbincang bagaimana perkhidmatan kami dapat memberi manfaat terbaik kepada anda.  
Copyright 2012 © Design by PERKAMA International